Kursus Kejurulatihan Futsal Tahap 3 AFC | 10–23 Januari 2026
| Kanal |
|
|---|---|
| Diunggah | |
| Tayangan | 152 |
| Suka | 6 |
| Durasi | 2:35 |
Deskripsi
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganjurkan Kursus Kejurulatihan Futsal Tahap 3 AFC bermula 10 hingga 23 Januari 2026.
Seramai 17 orang jurulatih futsal dari seluruh negara menyertai kursus ini, termasuk seorang jurulatih antarabangsa dari Chinese Taipei.
Kursus yang dikendalikan oleh dua instruktur AFC iaitu Chiew Chun Yong selaku instruktur utama, dengan dibantu oleh Lee Young Jin dari Republik Korea ini disertai 17 orang jurulatih futsal termasuk seorang dari Chinese Taipei
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Dollah Salleh selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM.
Kursus selama 14 hari ini merangkumi sesi teori dan praktikal yang dijalankan di Arena Futsal, Wisma FAM, Kelana Jaya.
Kursus ini juga mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kursus Tahap 3 AFC yang pertama dianjurkan oleh FAM di Malaysia.
#FAM #HarimauMalaya #Futsal