MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UKMSC & FAM
| Kanal |
|
|---|---|
| Diunggah | |
| Tayangan | 184 |
| Suka | 9 |
| Durasi | 3:01 |
Deskripsi
Sekitar Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman di antara UKM Specialist Centre (UKMSC) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah berlangsung di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Cheras pada Ahad, 14 Disember 2025.
Majlis ini disaksikan oleh YBhg. Prof. Dr. Bariah Mohd Ali, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat UKM, bersama Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi, Pemangku Presiden FAM dan Prof. Madya Dato’ Dr. Badrul Akmal Hisham Md Yusoff, Pengarah Perubatan UKMSC.
Melalui MoU ini, UKMSC dan FAM komited memperkukuh kualiti penjagaan kesihatan untuk pemain bola sepak Malaysia. Usaha ini merangkumi penilaian risiko kecederaan, pembangunan protokol kecemasan, serta
pengukuhan pemahaman mengenai kecederaan kardiovaskular, trauma neurologi dan kecederaan muskuloskeletal dalam kalangan pemain.
Prof. Dr. Bariah turut merasmikan Simposium Perubatan Bola Sepak & PSCiF Level 1 yang berlangsung selama dua hari pada 14 dan 15 Disember 2025.
#FAM #HarimauMalaya