MBSJ FC & Perdana BTR FC Ke Final #KFWK26!
| Channel |
|
|---|---|
| Uploaded | |
| Views | 186 |
| Likes | 6 |
| Duration | 1:36 |
Description
Dengarkan apa kata kapten MBSJ FC yang juga pendahulu senarai penjaring terbanyak Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 (KFWK26), Fatin Shahida Azmi selepas pasukannya berjaya melangkah ke Final KFWK26 yang akan berlangsung pada Sabtu, 24 Januari 2026 di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya.
Sementara itu, Nur Imanina Aqilah Abdul Apit muncul wira Perdana BTR FC selepas dua jaringannya pada aksi separuh akhir menentang UiTM Lioness FC, semalam cukup untuk membawa pasukannya ke pentas final.
Bagi aksi Final pada Sabtu ini, MBSJ FC akan menentang Perdana BTR FC pada jam 5.00 petang. Terdahulu aksi penentuan Tempat Ke-3, MBPJ FC bertemu UiTM Lioness FC pada jam 2.00 petang.
Tiket boleh dibeli di pintu masuk Wisma FAM bermula jam 1.00 tengah hari (Sabtu) pada harga RM10 untuk setiap perlawanan!
#FAM #HarimauMalaya #Futsal #KFWK2026