Highlight KFWK 2026: Selangor FC 4-2 ATM
| Kanal |
|
|---|---|
| Diunggah | |
| Tayangan | 272 |
| Suka | 7 |
| Durasi | 2:06 |
Deskripsi
Selangor FC menamatkan kempen Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 (KFWK26) dengan kemenangan 4-2 ke atas ATM, di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya, semalam.
Meskipun tidak layak ke Separuh Akhir, ketua jurulatih Selangor FC, Farhana Abdullah menganggap KFWK26 telah membuka peluang kepada ramai pemain muda untuk menonjolkan bakat mereka di dalam arena futsal.
Secara statistik, Selangor FC merupakan pasukan yang menyenaraikan pemain muda yang paling ramai untuk edisi KFWK26 kali ini iaitu seramai 14 pemain.
Menurut Farhana, penyertaan Selangor FC di KFWK26 adalah sebahagian daripada persiapan pasukannya menjelang SUKMA Selangor 2026 yang akan berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos ini.
#FAM #HarimauMalaya #Futsal #KFWK2026