Majlis Undian Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 | 9 Januari 2026

Majlis Undian Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 | 9 Januari 2026
Channel FAMTV Malaysia
Uploaded
Views 128
Likes 6
Duration 1:14

Description

Kejohanan Futsal Wanita Kebangsaan 2026 bakal membuka tirai saingannya bermula 18 hingga 24 Januari ini di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, Kelana Jaya.

Kumpulan A dibarisi oleh MBSJ FC, Selangor FC, ATM dan UiTM Lioness FC manakala Kumpulan B pula terdiri daripada MSU FT, Negeri Sembilan, BTR Perdana FC dan MBPJ FC.

Bagi saingan kali ini, setiap pasukan akan bermain sebanyak tiga perlawanan peringkat kumpulan bermula Ahad, 18 Januari 2026 hingga Selasa, 20 Januari 2026.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan seterusnya akan layak ke peringkat kalah mati iaitu separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada Khamis, 22 Januari 2026 dan seterusnya final pada Sabtu, 24 Januari 2026.

Turut berlangsung pagi tadi, sesi taklimat kejohanan yang disertai wakil dari pasukan-pasukan bertanding berhubung aspek pertandingan, kepengadilan, undang-undang dan peraturan, perubatan dan sains sukan, keselamatan serta pemasaran.

#FAM #HarimauMalaya #Futsal #KFWK2026

Disclaimer: This page only displays embedded YouTube content from approved whitelisted channels. All videos remain the exclusive property of their respective copyright holders. We neither claim ownership nor alter or redistribute the content beyond the embedding functionality permitted by YouTube. Should you wish to submit a takedown request, please reach out to us through our contact page.